Kapal tangki terbakar di perairan Arab Saudi

24 Aug 2026 • 5:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kapal tangki terbakar di perairan Arab Saudi

DUBAI: Sebuah kapal tangki yang dipercayai terkena peluru berpandu tidak dikenali, terbakar di perairan pantai Laut Merah Arab Saudi pada Isnin, menurut agensi maritim Britain.

Menurut agensi itu, kejadian berlaku kira-kira 63 batu nautika di barat bandar Yanbu, Arab Saudi. Yanbu terletak beberapa ratus kilometer di utara Yemen.

Syarikat keselamatan maritim Britain, Vanguard Tech turut mengesahkan sebuah kapal berbendera Arab Saudi terkena peluru berpandu dan terbakar.

Insiden itu berlaku ketika kumpulan Houthi Yemen menyasarkan kapal-kapal Arab Saudi selepas mengisytiharkan sekatan maritim bulan lalu.

“Pegawai Keselamatan Syarikat melaporkan sebuah kapal tangki terkena senjata letupan tidak dikenali yang menyebabkan kebakaran di dek utama kapal.

“Semua kru selamat dan telah dikenal pasti, manakala tiada kesan terhadap alam sekitar dilaporkan,” kata Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) dalam satu kenyataan.-AFP

The post Kapal tangki terbakar di perairan Arab Saudi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved