Kapten AA meninggal dunia di Oman

LocalEntertainment
27 Nov 2026 • 12:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kapten AA meninggal dunia di Oman
Personaliti media sosial, Akhmal Asyraf yang lebih dikenali sebagai Kapten AA RARETV, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Muscat, Oman pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial, Akhmal Asyraf yang lebih dikenali sebagai Kapten AA RARETV, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Muscat, Oman pada Jumaat.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Saiful Nang menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Menerusi hantaran berkenaan, Saiful Nang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada jam 6.58 petang waktu Oman, selepas Maghrib.

“Arwah baik orangnya. 6.58 pm (selepas Maghrib di Muscat). Malam Jumaat,” katanya.

Allahyarham sebelum itu berada di Oman bagi menjalani penggambaran program Kembara Wahyu terbitan TV AlHijrah.

Menurut Saiful Nang, Kapten AA pada awalnya mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Nizwa sebelum dipindahkan ke Muscat selepas mengalami demam dan jangkitan paru-paru.

“Kapten AA jatuh demam dan mengalami jangkitan paru-paru,” katanya.

Terdahulu, TV AlHijrah melaporkan Kapten AA dilaporkan ditidurkan dan menjalani prosedur intubasi di Hospital Badr Al Samaa Royal, Muscat, Oman ketika menyertai penggambaran program Kembara Wahyu untuk disiarkan saluran TV berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved