Kapten Peru berang pengadil sering sebelahi Messi

FootballSports
21 Nov 2024 • 8:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lionel Messi. Foto AFP

KAPTEN Peru, Paolo Guerrero menyuarakan kekecewaannya dengan keputusan pengadil ketika pasukannya tewas 0-1 kepada Argentina dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada Rabu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium La Bombonera itu menyaksikan keputusan pengadil menjadi perhatian terutama ketika membabitkan bintang Argentina, Lionel Messi.

Guerrero tidak berselindung dan mengkritik pengadil sambil menyifatkan ia sebagai layanan tidak adil terhadap pasukannya.

"Saya tidak tahu analisis apa yang anda semua buat untuk permainan ini, tetapi secara fizikal saya fikir kami setanding dengan Argentina.

"Namun, sukar apabila pengadil mempengaruhi permainan, dia terus memberi tekanan kepada kami. Kami telah ditolak, dan tiada satu pun kesalahan kepada lawan.

"Tetapi, sebaik sahaja anda menyentuh Messi dengan jari, kami yang dipersalahkan. Tiada siapa yang mengatakannya kerana ia adalah Messi," kata Guerrero.

Kekalahan kepada Argentina itu menyaksikan Peru berada di kedudukan tercorot kelayakan Piala Dunia CONMEBOL dengan hanya satu kemenangan dari 12 perlawanan, manakala Argentina pula kekal di kedudukan teratas dengan 25 mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved