Kapten Tentera Didakwa Bunuh Warga Asing, Memandu Dalam Keadaan Mabuk

LocalPolitics
30 Apr 2026 • 12:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pegawai tentera yang terbabit dalam kemalangan maut di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) sehingga mengorbankan seorang pempengaruh warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh dan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Angguk faham ketika pertuduhan dibacakan

Memetik laporan daripada Buletin TV3, tertuduh, Jad Faid Arhan, 31, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ili Marisaa Khalizan.

Image from: Kapten Tentera Didakwa Bunuh Warga Asing, Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Tiada pengakuan bagi pertuduhan membunuh

Difahamkan, tiada pengakuan direkodkan bagi pertuduhan membunuh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, dengan tertuduh didakwa menyebabkan kematian Muzahid Millad, 22, di Kilometer 1.9 Lebuhraya MEX arah Salak Selatan menghala ke Jalan Tun Razak pada jam 5.30 pagi, 23 April lalu.

Image from: Kapten Tentera Didakwa Bunuh Warga Asing, Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Selain itu, tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan kerana memandu melebihi had alkohol sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pemandu dan penumpang kenderaan e-hailing yang juga isteri mangsa.

Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Julai ini.

Sumber: Buletin TV3 (Deerina Sheikh Faisal)

The post Kapten Tentera Didakwa Bunuh Warga Asing, Memandu Dalam Keadaan Mabuk appeared first on Borak Daily.