Kapten tentera didakwa bunuh pencipta kandungan ‘Advance Gaming’

LocalGaming
30 Apr 2026 • 11:18 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Kapten tentera didakwa bunuh pencipta kandungan ‘Advance Gaming’

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai tentera berpangkat kapten dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang pencipta kandungan permainan popular dikenali sebagai Advance Gaming, warga Bangladesh, dalam insiden di Lebuhraya Maju (MEX) minggu lalu.

Tertuduh, Jad Faid Arhan, 31, turut berdepan dua pertuduhan memandu secara mabuk. Dia mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Jad didakwa menyebabkan kematian Muzahid Millad, 22, pada jam 5.30 pagi di KM1.9 MEX dari arah Salak Selatan menuju Jalan Tun Razak. - 30 April, 2026

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Kapten tentera didakwa bunuh pencipta kandungan ‘Advance Gaming’ appeared first on Scoop.