Kapten Wales Gareth Bale sahkan sihat sepenuhnya untuk aksi Piala Dunia

16 Nov 2022 • 3:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LONDON: Kapten Wales Gareth Bale (gambar) menyuntik semangat pasukan itu selepas mengumumkan beliau kini sudah cukup bersedia untuk beraksi dalam perlawanan Piala Dunia FIFA.

Sebelum ini bekas pemain Real Madrid itu mencetuskan kebimbangan apabila dikhabarkan “tidak 100 peratus” cergas selepas menjaringkan gol untuk Los Angeles FC pada perlawanan akhir Piala MLS.

Ketika Wales bersiap sedia untuk berlepas ke Qatar bagi penampilan sulung dalam Piala Dunia sejak 1958, pemain berusia 33 tahun itu menegaskan beliau dalam keadaan cukup cergas untuk bermain, lapor Xinhua.

“Saya cergas sepenuhnya dan sudah bersedia. Jika saya perlu bermain tiga (90 minit permainan), saya akan bermain ketiga-tiga permainan 90 minit,“ kata Bale.

Beliau berkata pengalaman Wales dalam Kejohanan Eropah baru-baru ini akan membantu pasukan itu di Qatar apabila mereka bertemu Amerika Syarikat pada 21 Nov, sebelum menentang Iran dan England dalam peringkat kumpulan menyaksikan keempat-empat pasukan berada dalam kelompok 25 teratas ranking FIFA.

“Apabila bermain dalam kejohanan besar ini, pengalaman sangat penting dan kebanyakan skuad memilikinya.

“Atas kertas, kami dalam kumpulan paling sukar dalam Piala Dunia dan kami membuat perancangan yang mantap yang mungkin akan memberi kami peluang terbaik untuk menang,“ kata Bale.-Bernama