Kar Gee bawa pulang emas pertama di pentas Asia

23 Oct 2026 • 7:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kar Gee bawa pulang emas pertama di pentas Asia

PETALING JAYA: Pingat emas Wong Kar Gee bukan sekadar kejayaan peribadi, malah melengkapkan sasaran enam emas kontinjen Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas atlet lompat jauh itu muncul juara acara lelaki T12, semalam.

Atlet berusia 35 tahun itu mencatat lompatan sejauh 6.74 meter (m) menerusi percubaan pertama di Stadium Nagoya City Mizuho Park Athletic untuk menghadiahkan emas keenam negara pada temasya berkenaan.

Kar Gee mempamerkan prestasi konsisten apabila merekodkan lompatan 6.60m, 6.47m, 6.36m, 6.39m dan 6.40m dalam lima percubaan berikutnya, namun catatan awalnya sudah cukup untuk memastikan kedudukan teratas.

Kejayaan itu turut menyaksikan Kar Gee memperbaiki pencapaian pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon apabila meraih pingat perak dalam acara sama, sekali gus menambah satu lagi kejayaan penting dalam kariernya di pentas Asia.

Pingat perak menjadi milik atlet Uzbekistan, Sevinchbek Khusanov yang melakukan lompatan sejauh 6.54m, manakala wakil tuan rumah, Daiki Ishiyama membawa pulang gangsa menerusi catatan 6.48m.

Sebelum kejayaan Kar Gee, tiga emas negara disumbangkan Zuhairie Ahmad Tarmizi menerusi berbasikal trek para, Bonnie Bunyau Gustin dalam powerlifting para dan Datuk Abdul Latif Romly dalam lompat jauh T20.

Kelmarin, dua lagi emas hadir menerusi gandingan Cheah Liek Hou-Mohamad Faris Ahmad Azri dalam beregu lelaki SU5 serta jaguh renang para, Nur Syaiful Zulkafli dalam 100 meter kuak dada lelaki SB4. – UTUSAN

The post Kar Gee bawa pulang emas pertama di pentas Asia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved