Karakter penyondol tua dipertikai, Sharifah Sakinah tampil bersuara

EntertainmentLifestyle
31 Dec 2024 • 2:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sharifah Sakinah tampil bersuara

Pelakon Sharifah Sakinah tampil bersuara apabila dia dikatakan tidak sesuai untuk membawa watak menerusi drama Curang Tanpa Niat disebabkan wajahnya yang kelihatan tua.

Bukan itu sahaja, ramai beranggapan imej berkenaan tidak sesuai dengan watak penyondol yang dibawanya dalam drama tersebut.

Susulan itu, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired tampil memberi penjelasan dia sewajarnya kelihatan tua kerana perlu memainkan peranan wanita berusia lewat 40-an.

Sharifah Sakinah tampil bersuara

Instagram will load in the frontend.

Disebabkan itulah, dia terpaksa mengenakan solekan yang berbeza berbanding kebiasaan bagi memenuhi tuntutan watak yang diberikan oleh pengarah drama tersebut kepadanya.

“Saya pelakon berkarakter. Saya bukan penyondol biasa-biasa macam Sophia Albarakbah itu.

“Dalam cerita ini, saya berumur 48 tahun. Sebab itu mereka kena buat muka saya nampak tua. Korang faham tak?

“Dah kalau karakter saya begitu, memanglah solekan saya pun begitu!” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Ujar Sakinah lagi, sdia sentiasa bersedia untuk mengubah imejnya mengikut kehendak skrip dan karakter yang dipikulnya sebagai seorang pelakon.

Sharifah Sakinah tampil bersuara

image is not available

“Kalau saya jadi Pontianak, saya buatlah gigi saya pula.

“Selepas ini umur saya 18 tahun, tengoklah muka saya jadi muda macam mana. Muka saya ini bonus tahu tak?” ujarnya.

Sekadar info, Sakinah memegang watak sebagai Astrid iaitu wanita yang menganggu rumah tangga rakan sekerja menerusi drama Curang Tanpa Niat yang telah ditayangkan sejak 23 Disember lalu.

Selain Sakinah, drama itu turut dibintangi pelakon hebat yang lain seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, Fadhlan Hazim dan Zarina Anjoulie.

Sumber: Instagram @Sharifah Sakinah