
ANKARA: Ozlem Karapinar mencipta sejarah dalam Majlis Tentera Tertinggi Turkiye (YAS) minggu ini apabila menjadi wanita pertama berpangkat jeneral dalam Tentera Udara Turkiye selepas dinaikkan pangkat sebagai Brigedier Jeneral dalam rombakan besar kepimpinan angkatan tentera negara itu.
Kenaikan pangkat Karapinar dibuat menerusi keputusan yang diputuskan pada mesyuarat Majlis Tentera Tertinggi yang dipengerusikan Presiden Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden di Ankara.
Berkuat kuasa pada 30 Ogos, majlis itu meluluskan kenaikan pangkat 25 jeneral dan laksamana ke pangkat lebih tinggi, selain menaikkan 69 kolonel ke pangkat jeneral dan laksamana.
Kenaikan pangkat itu menjadi satu pencapaian penting bagi angkatan tentera yang secara tradisinya didominasi lelaki pada peringkat kepimpinan tertinggi. – AGENSI
The post Karapinar jadi wanita pertama berpangkat jeneral dalam tentera udara Turkiye appeared first on Utusan Malaysia.





