'Karma' - Ronnie Liu sindir Akmal Saleh

LocalPolitics
12 Aug 2025 • 9:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ronnie Liu

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu menyindir Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia oleh Pemuda UMNO Bahagian Pulai.

Ronnie yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek memuat naik kenyataan ringkas menyindir pemimpin terbabit di laman Facebooknya pada Selasa.

"Karma. Giliran Pemuda UMNO Bahagian Pulai buat silap. Bintang salah. Jalur pun salah. Akmal tolong kira betul-betul. Akmal tak mahu mengaku salah,” soal Ronnie Liu dalam kenyataan itu.

Sindiran itu dipercayai merujuk kepada kesilapan pada kedudukan bintang dan jumlah jalur pada bendera yang dipaparkan pihak terbabit.

Dr Akmal sebelum ini lantang mengkritik beberapa pihak yang didakwa tidak menghormati bendera Malaysia, termasuk membangkitkan isu kedudukan jalur dan bintang yang tidak tepat pada bendera yang dipamerkan dalam beberapa acara serta bahan promosi.

Isu memaparkan bendera Malaysia secara salah pernah mencetuskan perdebatan di media sosial, dengan netizen mengingatkan bahawa Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur merah putih dan bintang pecah 14 sebagai simbol penyatuan negeri-negeri di Malaysia.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved