Karnival Gaya Hidup Sihat SunMed 2026 Satukan Komuniti Petaling

LocalHealth & Fitness
28 Apr 2026 • 5:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Karnival Gaya Hidup Sihat SunMed 2026 Satukan Komuniti Petaling

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) menerima sambutan menggalakkan bagi Karnival Gaya Hidup Sihat SunMed 2026, dengan lebih daripada 4,000 peserta yang hadir untuk mengambil langkah proaktif ke arah meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka secara keseluruhan.

Berlangsung dari Menara C hingga Menara D hospital, karnival ini menawarkan suasana yang meriah di mana pengunjung menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan informatif seperti bola sepak, refleks pantas, pickleball, serta latihan keseimbangan. Turut disediakan stesen khas bagi kesedaran kesihatan pendengaran dan kanser, di samping Healthy Living Marketplace yang menghimpunkan pelbagai jenama kesihatan, pemakanan, kecergasan dan gaya hidup, mencerminkan komitmen hospital terhadap kesejahteraan holistik dalam komuniti.

image is not available

Tan Mei Shin, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Korporat SMC, berkongsi, “Kami mengalu-alukan kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat ke karnival kesihatan tahunan SMC. Acara ini bukan sahaja mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap kecemerlangan penjagaan kesihatan, malah turut menyatukan orang ramaiuntuk mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan dalam persekitaran yang positif dan menyokong. Sungguh memberi inspirasi apabila melihat setiap individu saling menjaga diri sendiri dan satu sama lain, bersatu oleh matlamat bersama ke arah kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.”

Karnival ini juga menyediakan pelbagai saringan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh Pusat Kecemerlangan SMC, seperti analisis komposisi badan, penilaian kesakitan, tekanan darah postural, saringan memori dan lain-lain.

SMC merupakan hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, dengan 28 Pusat Kecemerlangan serta lebih 300 perunding perubatan tetap merentasi 80 kepakaran perubatan. Baru-baru ini, SMC telah disenaraikan sebagai hospital No.1 di Malaysia dalam Hospital Terbaik Dunia 2026 oleh Newsweek bagi tahun kedua berturut-turut, dan No. 1 di Malaysia dalam Hospital Pintar Terbaik Dunia 2026 oleh Newsweek.

image is not available

SMC turut merangkul anugerah Hospital Terbaik - Malaysia dan Inisiatif Hospital Pintar Terbaik - Malaysia di Healthcare Asia Awards 2026, sekali gus mengukuhkan lagi kecemerlangan berterusan hospital dalam keselamatan pesakit dan penjagaan berpusatkan pesakit.

Selain itu, SMC juga merupakan hospital pertama di Malaysia yang diiktiraf dengan tiga akreditasi hospital utama, termasuk Akreditasi Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) dari Amerika Syarikat; Majlis Piawaian Penjagaan Kesihatan Australia (ACHS) Antarabangsa; dan Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH).

Kejayaan penganjuran karnival ini disokong oleh penaja dan rakan kerjasama, termasuk BLACKMORES, Herbaland, Anytime Fitness, Sunway Lagoon, Gintell, Julie’s, dan banyak lagi. Kerjasama ini mencerminkan usaha bersama dalam mempertingkatkan kesihatan komuniti serta membuka ruang kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi pada masa hadapan untuk rakyat Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved