Karnival haji, umrah hujung minggu ini

5 Oct 2026 • 5:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Karnival haji, umrah hujung minggu ini

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BUMITRA Malaysia akan menganjurkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan kali ke-5 (KHUP5) dari 9 hingga 11 Oktober 2026 di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang. 

Memasuki edisi kelima, KHUP5 menjadi platform sehenti yang menghimpunkan 34 Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen yang dilantik TH bagi Musim Haji 1448H/2027M untuk memberikan maklumat dan menawarkan pakej haji, umrah dan pelancongan yang menarik dan kompetitif kepada masyarakat. 

Pengarah Haji TH, Mohd. Hisham Harun berkata, karnival itu memberi peluang kepada bakal haji mendapatkan maklumat secara terus daripada PJH berlesen sebelum membuat pilihan pakej berdasarkan kemampuan, keperluan dan keselesaan masing-masing. 

“KHUP5 bukan sekadar pameran pakej haji, malah merupakan platform ilmu, pengalaman dan komuniti yang membantu masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini berkaitan urusan haji. 

“Pada masa sama, TH sentiasa mengingatkan masyarakat supaya memastikan segala urusan haji dibuat melalui saluran yang sah serta mematuhi ketetapan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Selain pameran dan promosi pakej, KHUP5 turut menyediakan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan, kekeluargaan dan hiburan termasuk Bual Bicara dan Podcast TH, Simulasi Haji Cilik, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak serta persembahan kumpulan nasyid The Raihan, Rabbani dan Ezad Lazim. 

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan kemunculan istimewa BoBoiBoy, menyertai kuiz interaktif dan cabutan bertuah, serta mengunjungi Bazar Karnival yang menawarkan pelbagai makanan, minuman dan barangan berkaitan haji dan umrah. -KOSMO! ONLINE

The post Karnival haji, umrah hujung minggu ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved