Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan pelantikan 33 buah syarikat yang dilesenkan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk tahun 2027.
Ini adalah bagi memastikan keselamatan, kebajikan, dan keselesaan para tetamu Allah terjaga. Langkah proaktif ini bertujuan untuk membantu bakal haji memilih ejen pelancongan swasta yang sah, sekali gus mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan pakej haji (scam haji) yang semakin membimbangkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Hasan menegaskan bahawa lesen yang diberikan kepada 33 PJH ini bukan sekadar kelulusan perniagaan.
Ia merupakan satu amanah besar serta tanggungjawab yang berat untuk menjaga kebajikan jemaah Malaysia di Tanah Suci. Semua syarikat yang terpilih ini telah melalui proses penilaian yang sangat ketat.
Jom ketahui senarai 33 Syarikat Pengelola Jemaah Haji 2027 yang disenaraikan oleh Lembaga Tabung Haji.
Apa Itu Pengelola Jemaah Haji (PJH)?
Pengelola Jemaah Haji (PJH) adalah syarikat atau agensi pelancongan swasta tempatan yang diberikan lesen rasmi oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menguruskan perjalanan, penginapan, dan kebajikan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.
Di bawah Akta Tabung Haji 1995, mana-mana syarikat yang ingin menawarkan pakej haji (termasuk Pakej Haji Swasta atau Haji Furada) wajib memiliki lesen PJH yang sah daripada Tabung Haji terlebih dahulu.
Objektif Perkhidmatan PJH:
- Membolehkan jemaah haji mendapat perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah.
- Membuka peluang kepada Agensi Pelancongan Bumiputera Muslim untuk mengendalikan jemaah haji secara terkawal sebagai PJH.
- Membolehkan TH bergerak ke hadapan menuju matlamat mengawal selia keseluruhan pengurusan haji dengan tanggungan kos yang paling minimum.
Kenapa Perlu Memilih Syarikat yang Ada Lesen PJH?
- Sah di Sisi Undang-Undang: Syarikat yang mendapat lesen PJH telah disaring dengan ketat oleh TH dari segi kewangan, rekod operasi umrah, dan kemampuan logistik.
- Jaminan Kuota: Jemaah yang mengambil pakej PJH menggunakan kuota rasmi haji Malaysia yang sah.
- Perlindungan daripada Kes Penipuan (Scam): Mengelakkan jemaah daripada terkandas di lapangan terbang atau ditipu oleh agensi haram yang menawarkan pakej haji murah atau visa palsu.
- Kebajikan Terjaga: Jika berlaku sebarang kecemasan atau masalah kesihatan di Tanah Suci, jemaah di bawah PJH tetap akan mendapat sokongan serta akses kepada kemudahan perubatan daripada pihak Tabung Haji.
Senarai PJH 2027
Berikut ialah senarai 33 syarikat PJH yang sah untuk 2027:
- TH Travel & Services Sdn Bhd
- Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
- Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
- Amani Travel Sdn Bhd
- Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
- AZ Safir Travel and Tours Sdn Bhd
- Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
- Busyra Holidays Sdn Bhd
- Citra Travel & Tours Sdn Bhd
- CS Holidays Sdn Bhd
- Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
- Felda Travel Sdn Bhd
- Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd
- Glocal Travel & Tours Sdn Bhd
- Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
- In Saff Travel and Tours Sdn Bhd
- Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
- JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
- Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
- Juara Travel & Tours Sdn Bhd
- Kembara Umrah Sdn Bhd
- KRS Travel Sdn Bhd
- KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd)
- Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
- MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
- MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd
- Qashwa Travel Sdn Bhd
- Rayhar Travels Sdn Bhd
- Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd
- Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd
- TITIM Travel Sdn Bhd
- Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
- Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd

Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan Bakal Haji 1448H/2027M supaya hanya berurusan dengan PJH yang sah dan dilesenkan oleh TH.
Tawaran pakej haji oleh pihak yang tidak berlesen merupakan satu kesalahan di bawah Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Perbezaan Utama Pakej PJH dan Muassasah
| Ciri-Ciri | Pakej Muassasah (Tabung Haji Biasa) | Pakej Swasta (Melalui PJH) |
|---|---|---|
| Pengurusan | Diuruskan sepenuhnya secara terus oleh Lembaga Tabung Haji. | Diuruskan oleh agensi pelancongan swasta yang dilantik oleh TH. |
| Kos / Harga | Lebih mampu milik kerana mendapat subsidi haji daripada TH (mengikut kategori pendapatan). | Kos lebih tinggi kerana menawarkan kemudahan premium tanpa subsidi. |
| Kemudahan | Kemudahan asas yang selesa, bilik dikongsi bersama jemaah lain (biasanya 4-6 orang). | Kemudahan lebih eksklusif, pilihan bilik untuk berdua/bertiga, dan sajian makanan jenis bufet. |
Hati-hati, Jangan Terkena Scam!
Untuk mengelakkan diri daripada ditipu, Tabung Haji menggariskan tiga fakta penting sebelum mempercayai sesebuah tawaran:
- Tiada Haji tanpa giliran rasmi: Setiap jemaah wajib melalui sistem kuota dan giliran pendaftaran yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji.
- Tiada tawaran “jalan pintas” ke Haji: Berhati-hati dengan pihak yang mendakwa boleh memotong giliran atau meloloskan jemaah dengan cara mudah.
- Tiada ejen bebas atau individu persendirian: Urusan haji tidak boleh dibuat melalui broker individu atau ejen tidak bertauliah. Sila rujuk semula senarai 33 syarikat PJH berlesen yang sah.

Rakyat Malaysia (individu atau institusi) yang memperolehi Visa Furada atau Visa Mujamalah melalui jemputan daripada pihak Kerajaan Arab Saudi hanya dibenarkan untuk menunaikan haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) termasuk TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) yang telah diluluskan lesen oleh TH menurut Seksyen 28 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Permohonan untuk mengikuti PJH hanya boleh dilakukan semasa di tanah air sahaja manakala permohonan setelah bakal haji berada di Tanah Suci adalah tidak dibenarkan. Semua bakal haji VHUS wajib mendaftar haji dengan TH. Bayaran Haji yang akan ditetapkan oleh TH adalah merangkumi semua jenis perkhidmatan yang disediakan. Walau bagaimanapun, bakal haji VHUS tidak layak untuk menerima Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).
Bakal haji juga adalah tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh Pegawai Perubatan berdaftar dengan TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta direkodkan dalam Buku Rekod Rawatan Kesihatan (BRRK) bakal haji.
Paspot Malaysia Antarabangsa (PMA) milik bakal haji VHUS yang telah divisakan perlu diserahkan kepada TH untuk direkodkan dan akan dikembalikan semasa lapor diri sebelum berlepas ke Tanah Suci menggunakan penerbangan komersial yang disediakan oleh PJH. Perkhidmatan pakej haji ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan Bumiputera Muslim yang telah diberikan lesen oleh TH iaitu Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH).
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Senarai PJH 2027
Untuk maklumat rasmi dan rujukan terperinci mengenai Senarai PJH 2027, anda boleh rujuk:
- Portal Rasmi Tabung Haji – Pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH)
- Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919 untuk bantuan & pertanyaan
- Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pejabat Cawangan Tabung Haji berhampiran untuk mendapatkan nasihat bersemuka.
Tidak layak. Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) hanya diberikan kepada jemaah Muassasah (biasa) yang pertama kali menunaikan haji mengikut kategori pendapatan. Jemaah yang memilih PJH mesti menanggung keseluruhan kos pakej secara swasta.
Saya mendapat Visa Furada (Visa Mujamalah) jemputan sendiri. Bolehkah saya pergi tanpa melalui 33 syarikat PJH ini?Tidak boleh. Di bawah Seksyen 28 Akta Tabung Haji 1995, semua pemegang Visa Furada atau Visa Urusan Sendiri (VHUS) wajib mendaftar dan menggunakan khidmat syarikat PJH yang berlesen dengan TH sahaja semasa berada di tanah air. Anda dilarang sama sekali menguruskan sendiri perjalanan haji tersebut di Tanah Suci tanpa kelulusan TH.
Macam mana nak tahu syarikat itu menipu atau tidak?Syarikat yang sah mesti ada dalam senarai 33 buah syarikat PJH yang dilesenkan oleh Tabung Haji untuk musim 2027. Jika nama syarikat tiada dalam senarai rasmi tersebut, bermakna mereka tidak mempunyai kuota dan tidak sah untuk membawa jemaah haji.
Adakah visa pelancongan atau visa umrah boleh digunakan untuk tunai Haji?Tidak boleh sama sekali. Kerajaan Arab Saudi menetapkan ibadah haji hanya boleh ditunaikan menggunakan Visa Haji rasmi sahaja. Sesiapa yang menyalahgunakan visa pelancongan atau umrah untuk menunaikan haji boleh ditangkap, didenda, dan disenaraihitamkan daripada memasuki Tanah Suci.




