SHAH ALAM, 11 NOV: Lebih 4,000 peluang kerja ditawarkan sempena Karnival Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Sepang, Sabtu ini.
Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) memaklumkan program berlangsung di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi mulai 9 pagi hingga 4 petang.
“Terbuka kepada semua pencari kerja pelbagai aktiviti dijalankan termasuk temu duga terbuka, kaunseling kerjaya dan pameran daripada pelbagai agensi,” katanya di Facebook.
Menurut UPPS, calon yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran di pautan https://bit.ly/JCSEPANG24 bagi pemakluman awal untuk pengesahan kehadiran.

Sebelum ini, EXCO sumber manusia memaklumkan 634 peserta memperoleh pekerjaan tahun ini menerusi jelajah JobCare di Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Hulu Selangor, Gombak dan Klang.
Menurut V Papparaidu karnival itu dianjurkan oleh UPPS bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor bertujuan mempercepat proses pengambilan pekerja.
Katanya, peserta Jobcare digalak membawa salinan resume dan bersedia untuk temu duga segera selain terdapat kaunter khas yang menyediakan bimbingan bagi memperbaiki resume.
The post Karnival kerjaya Sepang Sabtu ini, tawar lebih 4,000 peluang kerja appeared first on Selangorkini.


