Karnival Siang Malam Karangkraf tarik 200,000 pengunjung

28 Jul 2025 • 6:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Karnival Siang Malam Karangkraf berlangsung selama tiga hari di Karangkraf, Shah Alam bermula dari Jumaat hingga Ahad.

image is not available
Karnival berlangsung dari 9 pagi hingga 12 malam.

SHAH ALAM - Penganjuran Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 berjaya menarik kedatangan 200,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya di Karangkraf di sini.

Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, karnival yang bermula pada Jumaat itu menyediakan pelbagai aktiviti bermula 9 pagi hingga 12 malam kepada semua peringkat usia.

"Sempena 19 tahun usia Sinar Harian, kita sudah mencapai tahap yang mana orang ramai kenal dan yakin dengan laporan serta berita disiarkan.

"Ini membuktikan orang ramai terima pelaporan yang telus dan telus serta produk terbitan Karangkraf itu sendiri," katanya ketika ditemui selepas penyampaian hadiah cabutan bertuah Karnival Karangkraf 2025 pada Ahad.

**media[3216923]**

Beliau dalam masa sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan strategik, penaja, pempamer dan agensi-agensi berkenaan yang telah bersama sepanjang karnival itu berlangsung.

"Syabas dan tahniah kepada semua tenaga kerja Karnival Siang Malam Karangkraf yang telah bertungkus lumus dan bersungguh-sungguh demi memastikan penganjuran acara ini dapat diadakan dengan penuh jayanya.

"Dedikasi anda amat luar biasa dan saya amat hargai. Tidak lupa juga kepada pengunjung hadir yang bukan sahaja dari kawasan setempat tetapi dari luar negeri," ujarnya.