Karsums 2025 perkukuh silaturrahim warga kerja UMS

23 Sep 2025 • 1:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Karnival Sukan Staf UMS (Karsums) 2025 sebagai platform memperkukuh silaturrahim warga kerja di samping memupuk kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal melalui aktiviti sukan.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata penganjurannya bukan sekadar acara tahunan semata-mata, sebaliknya memainkan peranan penting mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan staf universiti.

“Karnival sukan ini mempunyai tiga objektif utama iaitu mengukuhkan silaturahim antara warga kerja UMS di Kota Kinabalu, Labuan dan Sandakan.

“Yang kedua, menggalakkan gaya hidup sihat yang menjaga kesejahteraan fizikal dan mental di samping memberi ruang untuk warga kerja merehatkan diri daripada tekanan kesibukan kerja dan tugasa harian,” katanya.

Bercakap merasmikan Karsums 2025 di Stadium UMS, di sini pada Isnin, Kasim berkata keseronokan menyertai sukan akan membantu menghindarkan tekanan kerja serta memberi kesegaran minda dan semangat baharu apabila kembali ke meja kerja.

Menurutnya, satu pembaharuan turut dilaksanakan tahun ini apabila Karsums diadakan pada hari bekerja bagi membolehkan lebih ramai kakitangan menyertai acara serta memberi sokongan kepada kontinjen masing-masing.

Naib Canselor itu turut merakamkan penghargaan kepada Pendaftar UMS Luqman Ridha Anwar serta Pusat Sukan UMS atas usaha menganjurkan karnival yang menghimpunkan pelbagai acara dan penglibatan warga kerja daripada semua kampus universiti itu.