Karya Seni 3D Terbesar Di Stesen Minyak, Mural Di Sibu Ini Masuk Malaysia Book Of Records

16 Apr 2023 • 4:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah diucapkan!

Karya Seni 3D Terbesar Di Stesen Minyak, Mural Di Sibu Ini Masuk Malaysia Book Of Records. Mural di Stesen Minyak Shell di Batu 9, Jalan Oya Sibu telah memasuki Malaysia Book Of Records untuk karya seni 3D terbesar di sebuah stesen Minyak.

Lukisan mengagumkan itu berketinggian 4.33 meter dan lebernya pula adalah 7.07 meter.

image is not available
Karya Seni 3D Terbesar Di Stesen Minyak, Mural Di Sibu Ini Masuk Malaysia Book Of Records. Kredit foto: The Borneo Post

Sijil dari Malaysia Book of Records bakal diperoleh Selasa nanti

Dilaporkan bahawa perkara ini telah disahkan dan wakil daripada Malaysia Book of Records bakal menyampaikan sijil kepada stesen minyak berkenaan pada hari Selasa nanti (18 April 2023). Penyampaian anugerah tersebut dijangkan akan bermula pada jam 5 petang,

Mural mengagumkan ini dalam masa yang sama boleh menarik lebih ramai lagi pelancong luar ke Sibu dan menjadikan stesen minyak ini salah satu destinasi tarikan.

image is not available
Kredit foto: IG @jagungart

Karya seni 3D dihasilkan oleh ‘Jagung’

Untuk pengetahuan, karya seni ini dilukis oleh Artis Mural terkenal yang dilahirkan di Sibu, Sarawak iaitu Aries Kong atau lebih dikenali sebagai ‘Jagung’ yang berusia 32 tahun.

Menurut Aries Kong, mural tersebut mengambil masa kira-kira 20 hari dan menggunakan antara 40 hingga 50 tin cat yang bersamaan dengan lebih kurang 400 liter bagi menyiapkan hasil seni tersebut.

Apapun, tahniah diucapkan, semoga ramai lagi artis diluar sana boleh menunjukkan bakat mereka dengan cara positif seperti ini!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: