“Kasih Sayang Seorang Ayah” – Bapa Sanggup Kejar Sampai Ke Highway Karak Demi Anak Yang Tertinggal Bas [Video]

11 Oct 2022 • 11:39 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kebanyakan orang pasti pernah mengalami situasi nyaris atau sudah ditinggalkan bas atas faktor kelewatan tiba di terminal.

Namun kebiasaannya, jalan penyelesaian yang dipillih adalah dengan membeli tiket bas yang baharu dan terpaksa menunda tarikh perjalanan.

Bagaimanapun lain pula dengan kisah seorang gadis ini apabila bapanya sanggup membuat keputusan mengejar bas tersebut hingga ke lebuh raya.

Ekori bas masuk ke kawasan Tol

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok akaun @kaktaty, terlihat jelas bapa remaja terbabit mengekori bas tersebut yang sedang ingin memasuki kawasan tol di lebuhraya.

Difahamkan, remaja terbabit sepatutnya menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), namun atas faktor tertentu dia terlewat tiba hingga ditinggalkan bas tersebut.

Bas tersebut akhirnya berhenti di tepi lebuh raya

Percubaan bapanya dalam mengejar bas tersebut membuahkan hasil apabila pemandu bas komersial itu akhirnya berhenti di tepi lebuh raya.

Perjalanan dalam mengejar bas tersebut hingga ke Lebuhraya Karak dianggarkan kira-kira sejauh 70KM dariTBS yang sepatutnya dinaiki anaknya itu.

“Opss.. tertinggal bas di TBS. Papanya kejar sampai ke Karak Highway, demi mu anak,” tulisnya dalam video.

“Kasih sayang seorang ayah” – Netizen

Meninjau di ruangkan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi yang menghiburkan dan ada yang menganggap kejadian tersebut sebagai kasih seorang bapa pada anaknya sehingga sanggup berkorban apa sahaja.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: