Bapa Sanggup Kejar Sampai Masuk ‘Highway’ Sebab Anak Tertinggal Bas

Entertainment
11 Oct 2022 • 1:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Min rasa semua pernah merasai pengalaman tertinggal bas kerana beberapa sebab tertentu. Lagi sakit kalau tertinggal bas semasa waktu perayaan yang sudah pasti peluang untuk mendapatkan tiket baru adalah sangat terhad kerana permintaan tiket yang melambung tinggi.

Apa yang mampu kita buat hanyalah melutut sedih dan terpaksa meminta cuti kecemasan kepada pihak majikan. Kalau si pelajar, tentu akan terpaksa skip kuliah. Sadis bukan?

Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah keluarga yang menghadapi detik cemas apabila salah seorang anaknya tertinggal bas.

Anak tertinggal bas, ayah sanggup kejar sampai masuk ‘highway’!

Video yang berdurasi 19 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, menunjukkan situasi dimana si ayah sanggup mengejar bas disebabkan anaknya yang tertinggal bas sampai masuk ke Lebuhraya Karak.

@kaktaty

Kes tertinggal bas..! #demimuanak papanya kejar bas image is not available sampai ke Karak Hiway!

♬ DJ What You Come X Teki Gan Pargoy Santuy – Kelud Music

“Opps…Tertinggal bas di TBS…Papanya kejar sampai ke Karak highway! Demi mu anak…”

Menerusi video tersebut, mereka difahamkan hanya lambat seminit sahaja dari masa perjalanan bas dan terpaksa membuat keputusan untuk mengekori dan memberhentikan bas tersebut demi anak.

Kalau nak dilihat dekat sini, kira-kira 70km ayahnya mengejar bas tersebut dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Lebuhraya Karak. Jauh betul!

Netizen teruja dan ada yang terharu melihat pengorbanan ayahnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sangat teruja melihat tindakan berani ayahnya dan turut terharu kerana tidak sangka bahawa si ayah sanggup berkorban mengejar bas tersebut demi anaknya yang tercinta.

Turut dilihat di ruangan komen, ada juga netizen yang menasihatkan supaya datang lebih awal lagi di stesen bas agar perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi selepas ini.

image is not available

image is not available

image is not available

Terbaik si ayahnya!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.