Kasih Seorang Bapa! Sanggup Naik Bas Dari Kampung Demi Bantu Anak Pasang Aircond Di Rumah Sewa [Video]

LocalFamily & Parenting
2 Dec 2025 • 11:52 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Tanyalah kepada individu yang bergelar ibu bapa, bagi mereka, anak merupakan segalanya.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah ada yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit asalkan kemahuan serta keperluan anak dapat dipenuhi.

Malah, ada yang dilihat tetap menjalankan tanggungjawab walaupun anak sudah boleh berdikari sendiri.

Bapa Naik Bas Pergi Rumah Sewa Anak, Bantu Pasang Pendingin Hawa

Baru-baru ini, tular di media sosial pengorbanan seorang bapa terhadap anak perempuannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna di TikTok @tirahazmannn, dia yang dikenali sebagai Tirah berkongsikan kegigihan bapanya yang sanggup menaiki bas dari kampung semata-mata mahu memasang sendiri pendingin hawa di rumah sewa baharunya.

“Aboh (bapa) sanggup naik bas semata-mata tolong anak perempuannya pasang penyaman udara (aircond) di rumah sewa baharu, walaupun dia dah bersara dari buat semua ini,” tulis Tirah.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat bapa Tirah melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan aircond baik di dalam mahupun di luar rumah (compressor) sewa gadis tersebut yang kebiasaannya dilakukan lebih seorang pekerja.

Ada ketika bapanya dilihat menyusun komponen pendingin hawa, memegang wayar serta menggerudi dinding bagi kerja pemasangan tersebut.

Malah di akhir perkongsian itu, bapanya dilihat kembali pulang ke kampung menaiki bas ekspres.

Walau bagaimanapun, pengguna berkenaan tidak menyatakan destinasi sebenar bapanya itu.

Tersentuh Dengan Pengorbanan Bapa, Titip Doa Buat Orang Tua

Kongsi gadis itu lagi, dia kagum dengan pengorbanan dan menganggap bapanya sebagai seorang hero dek kerana apa yang telah dilakukan sejak dia kecil lagi.

Malah, Tirah mendakwa dia pernah bergaduh teruk dengan seseorang hanya kerana individu terbabit memandang rendah bapanya itu.

“Matang ialah bila kita sedar, hanya bapalah lelaki yang akan sayang kita lebih dari segalanya, yang akan berkorban untuk kita.

“Abah yang tak pandai berkata-kata tetapi berkorban untuk anak dia, yang diam-diam menua. Dia mengajar saya erti pengorbanan.

“Ya Allah, kurniakan syurga buat abahku, Che Azman Mustafa aka uncle Tony dan Ummiku, Rosidah Mamat dan berikanlah kebahagian serta kesihatan sepanjang hidup mereka,” tulis Tirah di ruangan kapyen.

@tirahazmannn

Im once met someone who looked down on my aboh dan kami gaduh teruk because I know who my aboh truly is. He’s been my hero since I was little. The one who will help me in any way he can. I get sensitive when someone downgrade him, because they don’t know how big his heart is. Maturing is realising your dad is the only man who will love you more than anything, who will sacrifice everything for you. Aboh yang dok pandai berkata kata, tapi sacrifices semua utk anak dia… yang diam-diam menua. He taught me what “sacrifice” really means. Ya Allah… kurniakanlah syurga buat Abohku Che Azman Mustafa aka uncle Tonyimage is not available dan Ummiku, Rosidah Mamat dan berikanlah kebahagiaan dan kesihatan untuk mereka sepanjang hidup mereka. Aamin. 🫶image is not availableimage is not available

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Tersentuh Lihat Pengorbanan & Tanggungjawab Bapa

Perkongsian yang telah mendapat lebih 248,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh melihat pengorbanan ayah gadis berkenaan dalam membahagiakan anaknya itu.

Majoriti mereka berpendapat, seorang bapa sememangnya akan melakukan segalanya demi anak tercinta.

Sama seperti Tirah, ramai yang turut mendoakan kebahagiaan dan kebaikan buat bapanya itu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Semoga Ayah-Ayah Yang Baik Macam Ni Terus Masuk Ke Syurga Tanpa Perlu Dihisab”

image is not available

“Dapat Merasa Kasih Sayang Ayah Itu Adalah Rezeki Yang Tak Boleh Disia-Siakan”

image is not available

“Kalau Bab Abah Ni, Laju Air Mata Mengalir. Sayangnya Abah Pada Anak Perempuannya”

image is not available

“Terima Kasih Post Video Ini Bagi Kita Sedar Bahawa Kasihnya Seorang Ayah Amat Berharga”

image is not available

Baca Artikel Berkaitan: Kasih Seorang Ayah! Bapa Masih Belikan Barang Dapur Walaupun Anak Dah Kahwin Buat Ramai Tersentuh [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Kasih Sayang Seorang Ayah” – Bapa Sanggup Kejar Sampai Ke Highway Karak Demi Anak Yang Tertinggal Bas [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Abah!” – Wanita Titip Penghargaan Kepada Bapa, Bantu Jaga Dirinya & Anak Selepas Pemergian Suami