Wanita Ditangkap Berkhalwat Dengan Teman Lelaki Di Rumah Sewa Ketika Ketiadaan Rakan

29 Nov 2025 • 10:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang juga penuntut universiti ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan teman wanitanya di rumah sewa wanita tersebut di Kulim Hi-Tech, Kedah, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu ditemui berdua-duaan di kediaman berkenaan ketika rakan serumah wanita tersebut tiada di rumah. Difahamkan, wanita berusia 24 tahun itu membawa teman lelakinya bermalam di situ.

Siasatan mendapati wanita terbabit sudah bekerja, manakala lelaki berusia 25 tahun itu merupakan pelajar tahun akhir di sebuah universiti.

image is not available

Mereka berdua ditangkap khalwat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim pada waktu tengah malam tadi.

Ketika dicekup, wanita itu ditemui dalam keadaan memakai baju tidur dan kepalanya ditutup dengan tuala.

image is not available

Manakala lelaki itu pula bersembunyi di bilik sebelah.

Siasatan lanjut mendapati lelaki itu merupakan penuntut sebuah universiti dan telah menaiki kereta api dari Perlis.

Wanita itu kemudiannya menjemput teman lelakinya itu di Tasek Gelugor sebelum membawanya ke rumah tersebut.

Mereka berdua ditahan kerana disyaki berkhalwat dan jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro

Sumber: PADK/Harian MetroSumber: PADK/Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.