Kasih Wanita, 10 tawaran menarik sempena Hari Wanita Sedunia, grab cepat!

8 Mar 2023 • 5:17 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

WANITA terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu dan pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting.

Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia! Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac saban tahun, jasa bakti kaum Hawa yang memiliki populasi seramai 15.7 juta atau 47.9 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia terus dihargai.

SinarPlus kongsikan 10 tawaran menarik makanan dan minuman buat anda yang bergelar wanita.

1-FAMOUS AMOUS
Dapatkan potongan RM5 dengan pembelian RM38 dan ke atas bagi pembelian dalam talian.

image is not available

2-EMPIRE SUSHI
Terhad pada 8 Mac, anda boleh menikmati Onigiri atau Hand Roll pada harga RM3.80 sahaja. Selagi stok masih ada.

image is not available

3-MARY BROWN
Sempena Hari Wanita Sedunia, Mary Brown menawarkan dua set sajian berharga RM3.80. Malah Kakak Rider pun boleh dapat hidangan percuma. Tawaran terhad dari 8 Mac 2023 sahaja!

image is not available

4-MY NEWS
Kedai serbaneka My News menawarkan beli satu percuma satu bagi pembelian minuman Maru Hot atau Iced Latte (Regular) mulai 6 Mac hingga 12 Mac 2023.

image is not available

5-HAAGEN DAZS
Jenama ini meraikan wanita dengan mmberikan satu skup percuma bagi pembelian dua skup aiskrim. Boleh dari 6 Mac hingga 10 Mac 2023.

image is not available

6-DABOBA
Wanita boleh mendapatkan potongan RM3.80 bagi pembelian Classic Milk Tea Series sebagai minuman kedua di Daboba. Tawaran terhad pada 8 Mac 2023.

image is not available

7-STARBUCKS
Sempena Hari Wanita Sedunia, Starbucks memberikan potongan 30 peratus bagi minuman bersaiz Grande pada 8 Mac 2023.

image is not available

8-COOL BLOG
Hilangkan dahaga kaum Hawa, Cool Blog tawarkan minuman beli satu percuma satu. Tawaran hanya pada 8 Mac 2023.

image is not available

9-TGI FRIDAYS
Raikan wanita dengan sajian hebat, restoran TGI Fridays menawarkan potongan 50 peratus untuk hidangan Fish & Chips menjadikan ia hanya RM16.95! Harga hebat ini hanya pada 8 Mac 2023.

image is not available

10-GONG CHA
Istimewa Hari Wanita Sedunia, Gong Cha memberikan potongan harga menarik iaitu hanya RM3.80 bagi minuman kedua pada 8 Mac 2023. Tawaran terbuka kepada pelanggan wanita di seluruh negara.

image is not available

Sesuai dengan tema tahun ini iaitu Kasih Wanita, raikan wanita tawaran-tawaran ini, penulis pun tak sabar nak grab. Ayuh!

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.