Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu digesa buka lorong hijau

LocalTravel
1 Oct 2025 • 2:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) digesa membuka lorong hijau bagi melancarkan aliran penumpang.

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (Satta) Dato’ Seri Winston Liaw berkata langkah itu dapat membantu mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.

“Satta menerima banyak aduan mengenai ketibaan domestik di KKIA di mana barisan panjang untuk pemeriksaan kastam sering menjadi masalah,” katanya.

Katanya, beliau sendiri pernah beberapa kali mengalami situasi sama di mana barisan panjang terbentuk walaupun terdapat lorong hijau tetapi sentiasa ditutup.

“Jadi, mengapa diwujudkan lorong hijau? Lebih baik dibuka dan tempatkan lebih ramai petugas bagi melancarkan perkhidmatan,” katanya.

Menurutnya, barisan panjang juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di luar lapangan terbang kerana rakan dan saudara penumpang terpaksa menunggu, sehingga berlaku ‘double parking’ bahkan sehingga ‘triple parking’ di sepanjang laluan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved