Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM2.89 juta

8 Jan 2025 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jeremy S Zabala

Kota Kinabalu: Cubaan menyeludup kira-kira 98kg dadah bernilai RM2.89 juta digagalkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah melalui beberapa siri operasi yang dijalankan antara 29 Nov dan 9 Dis tahun lepas.

Dalam serbuan pertama, Penolong Ketua Pengarah JKDM Sabah Siti Mang berkata, tiga bungkusan mengandungi 60.9kg bernilai RM1.95 juta methamphetamine (syabu) dirampas selepas dikesan di gudang MAS Cargo, di sini.

Advertisement“Dalam operasi kedua kira-kira jam 10.30 pagi, satu pasukan merampas dua lagi bungkusan mengandungi 20.2kg syabu.

“Semua dadah disimpan di dalam kotak yang asalnya digunakan untuk kertas A4 bernilai kira-kira RM696,114,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar, di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dari 28 Nov hingga 20 Dis, Siti berkata pihaknya merampas kira-kira 28 bungkusan mengandungi ketulan mampat tumbuhan kering yang disyaki dadah jenis ganja.

Beliau berkata dadah yang dirampas seberat 17.1kg bernilai RM250,038.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi kesemua dadah yang ditemui sepanjang operasi itu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup,” katanya.

Awal bulan ini, beliau turut berkongsi pihak kastam merampas 50 kotak tembakau kunyah dalam operasi yang dijalankan di Pelabuhan Sepanggar pada 2 Jan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata rampasan barangan bernilai RM194,810 itu dibuat kerana pengimpor gagal mempamerkan permit import yang sah.

“Modus operandi adalah melalui pengisytiharan palsu barangan yang bercanggah dengan syarat Seksyen 79 Akta Kastam 1967,” katanya.