“Kat Malaysia jual buah je” – Netizen Berdekah Tengok Peniaga Goreng Makanan Sambil Tunggu Lampu Hijau

Entertainment
7 Aug 2022 • 2:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sambil menunggu lampu isyarat, tak banyak perkara pun kita boleh buat sebenarnya. Biasanya kita akan curi-curi tengok phone ataupun beli buah yang orang jual ke tingkap kereta.

Lain pula yang berlaku di Indonesia ketika rakyat disana sedang menunggu lampu isyarat. Seorang peniaga telah turun dari kenderaannya untuk mengoreng makanan sambil tunggu lampu tukar hijau. Korang boleh tengok video @tashatamasya kat bawah ni.

 

Sempat lagi goreng

Min mula-mula tengok macam tak percaya, tapi sebenarnya memang dia betul-betul goreng makanan sambil tunggu traffic light. Agaknya lama sangat kot lampu merah tu.image is not availableMasa itu emas, sambil tunggu lampu merah, sambil tu boleh goreng makanan sekali. Nanti dah sampai tempat meniaga boleh rehat sekejap kan.

image is not availableRupanya tempat lain pun traffic light lama sangat sampai boleh buat benda lain. Kalau dekat Malaysia setakat jual buah je, ni goreng makanan memang another level lah.

image is not availableMemang selamba habis pakcik tu goreng makanan tengah jalan. Mungkin dia pegang prinsip hidup, ‘kita buat dia’ sebab tu dia santai je goreng sambil tunggu lampu hijau.

image is not availableKalau scroll bahagian komen, hampir semua bagi emoji yang terhibur macam ni. Apa yang pakcik ni tunjuk memang berjaya buat ramai orang terhibur, termasuk min sendiri.

 

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.