“Kata Bawa Kereta Merc? Jatuhkan Maruah Aku!” – Pertama Kali ‘Dating’ Bersama, Wanita Tengking Lelaki Bawa Myvi

Cars
23 Jan 2024 • 11:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

‘Hancur’ hati seorang lelaki di TikTok ini apabila dirinya ditengking sewaktu mengambil teman wanita untuk di bawa keluar makan malam bersama buat pertama kali.

Tak suka lelaki bawa kereta Myvi, nak naik kereta mahal

Dalam video yang dimuat naik, lelaki tersebut sempat memberitahu bahawa dirinya berdebar-debar mahu berjumpa dengan wanita terbabit buat pertama kali kerana selama ini hanya kenal melalui alam maya saja.

Namun begitu, tanpa mematikan rakaman, dapat didengari lelaki terbabit ditengking oleh wanita tersebut hanya kerana membawa kereta Myvi, bukannya kereta Mercedes.

Awak bawa kereta Myvi ke? Awak kata tadi bawa kereta Mercedes?! Saya tak suka lah kereta ni. Bukan taste saya!

Dah ‘inform’ kereta Mercedes rosak

Biarpun sudah memberitahu sejak awal bahawa lelaki tersebut tidak dapat membawa kereta Mercedes akibat tayar pecah, alasan yang diberikan olehnya tidak diterima oleh wanita itu.

Netizen simpati, kenal dengan wanita lain

Sememangnya video tersebut raih perhatian ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap lelaki yang bernama Affeq itu kerana dipandang rendah.

image is not available

image is not available 1 year ago

Myvi Who? Gadis Balik Mengundi Di Sarawak Kagum Tengok Axia Selamba 'Tapau' Laluan 'Off Road' Bersama 4x4 Lain