Kata-Kata Ebit Lew Menerusi Hantaran Terbaru Undang Perhatian Netizen

1 Mar 2024 • 1:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ebit Lew

Pendakwah, Ebit Lew berkongsi satu nasihat mengenai kehidupan di media sosial undang perhatian netizen. Apa pula kali ini?

Menerusi Instagram, Ebit berkata yang kita perlu berharap kepada Yang Maha Esa dan tidak pedulikan segala tanggapan buruk dan fitnah terhadap diri kita.

image is not available

Hidup jangan terkesan dengan orang, jangan minta dengan orang, jangan harap dengan orang.

Terkesan minta harap dengan Allah, kita buat apa untuk Allah sayang, kita buat baik untuk Allah sayang.

Orang nak keji, orang puji itu bukan urusan kita dan diorang tak boleh buat apa pun sebab itu jangan terlalu sedih kalau orang kata kita.

Jangan jadi lemah kalau orang fitnah kita, jangan pedulikan sebab kita tak hidup untuk diorang, kita hidup untuk Allah sayang.

Sebelum ini, Ebit Lew didakwa mengajak mangsa kes gangguan seksual bertukar pasangan untuk melakukan hubungan intim.

Saksi kesembilan mendedahkan perkara itu dengan menunjukkan satu tangkap layar teks WhatsApp yang dia terima di mahkamah.

Wanita itu juga berkata yang Ebit Lew bercadang untuk mereka bertukar pasangan dengan meminta suami pengadu melakukan hubungan intim bersama isterinya. Allahu.. 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.