Katrina Ee Cipta Sejarah, Wakili Malaysia di Kejohanan Ginetta Junior 2025!

19 Mar 2025 • 8:30 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran


Pemenang MAM Young Driver of the Year 2024, Katrina Ee, bakal beraksi di Kejohanan Ginetta Junior tahun ini bersama Tim Gray Motorsport, menjadikannya wakil pertama Malaysia dalam kejohanan berprestij tersebut!

Kejohanan ini akan membuka tirai di Donington Park, UK pada 5-6 April, menandakan permulaan perjalanan baharu Katrina dalam perlumbaan kereta selepas kejayaan cemerlangnya di arena go-kart.

Siapa Katrina Ee?

Bintang muda ini bukan calang-calang pelumba! Katrina telah menguasai pentas go-kart Asia dengan deretan kejuaraan:

Juara Rotax Max Asia & Malaysia (2022 & 2023)

Juara IAME X30 Asia (2022 & 2023)

Juara Rok Cup Asia (2023)

Naib Juara Rotax Max Asia Festival (2023)

Bakat luar biasa Katrina turut mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, apabila beliau terpilih menyertai program pembangunan pelumba More Than Equal pada tahun lalu.

Kini, dengan menyertai Ginetta Junior, Katrina bukan sahaja membawa cabaran baharu dalam kariernya tetapi juga mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Nantikan aksi Katrina Ee di litar Donington Park dan terus berikan sokongan buat bintang muda ini!

Teruskan bersama Four Wheels..!

#FourWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #KatrinaEe #GinettaJunior #MAMYoungDriverOfTheYear #TimGrayMotorsport #MalaysiaBoleh

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved