Katrina Kaif, Vicky Kaushal Akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena Diwali

9 Nov 2026 • 10:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Katrina Kaif, Vicky Kaushal Akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena Diwali

Pasangan selebriti Bollywood, Katrina Kaif dan Vicky Kaushal selama ini cukup menjaga privasi wajah anak lelaki mereka daripada umum.Namun, mereka akhirnya  berkongsi wajah putera sulung mereka, Vihaan Kaushal buat pertama kali sempena hari Diwali.Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Katrina memuat naik foto keluarga sempena sambutan perayaan Diwali yang memperlihatkan wajah comel Vihaan.Lebih istimewa, perkongsian tersebut dibuat sehari selepas Vihaan menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama pada 7 November lalu.Dalam foto berkenaan, Katrina kelihatan anggun mengenakan busana tradisional berwarna kuning bersulam, manakala Vicky tampil segak dalam persalinan kurta rona krim.Vihaan pula mencuri perhatian apabila tampil comel mengenakan kurta-pajama berwarna krim bersama jaket Nehru bercorak kuning.Katrina dilihat duduk di lantai sambil mendakap erat anaknya dengan senyuman penuh kasih sayang, manakala Vicky turut berada di sisi putera mereka dalam suasana penuh kebahagiaan.Menerusi kapsyen yang mengiringi foto tersebut, Katrina menyifatkan sambutan Diwali tahun ini sebagai paling bermakna buat keluarga kecil mereka."Diwali paling bercahaya buat kami setakat ini. Semoga semua orang dikurniakan kasih sayang, cahaya dan kebahagiaan," tulisnya.Untuk rekod, Katrina dan Vicky menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 7 November 2025.Pasangan itu mengumumkan berita gembira berkenaan menerusi satu hantaran bersama di media sosial dengan meluahkan rasa syukur atas kehadiran bayi lelaki dalam kehidupan mereka."Kurniaan kebahagiaan kami akhirnya tiba. Dengan penuh kasih sayang dan rasa syukur, kami mengalu-alukan kehadiran bayi lelaki kami," tulis mereka.Sebelum itu, pasangan berkenaan mengumumkan berita kehamilan Katrina pada September 2025 menerusi sekeping foto berkonsepkan Polaroid yang memperlihatkan Vicky memegang perut isterinya."Perjalanan kami untuk memulakan babak paling indah dalam kehidupan ini bermula dengan hati yang dipenuhi kegembiraan dan rasa syukur," kongsi mereka seperti dilaporkan Hindustan Times.Pada Januari 2026, pasangan itu akhirnya mendedahkan nama putera mereka menerusi satu foto yang memperlihatkan tangan kecil Vihaan berada di antara genggaman tangan kedua-dua ibu bapanya.Menerusi hantaran tersebut, mereka memperkenalkan anak sulung mereka sebagai Vihaan Kaushal.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved