
Penyanyi dan usahawan, Azza Elite meluahkan rasa kesal terhadap trend penggunaan perkataan ‘kacip’ yang kini sering digunakan oleh segelintir masyarakat tanpa memahami makna sebenar di sebaliknya.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari menjelaskan bahawa istilah ‘kacip’ sebenarnya membawa konotasi negatif, merujuk kepada individu yang mengambil bahan terlarang seperti dadah atau pil khayal.

Kacip lah sembang kacip lah. Kau tahu ke apa maksud sebenar kacip? Kacip tu macam kau pergi hisap dadah empat hari empat malam.
Macam kau ambil batu. Lah menyampah orang tulis kacip. Kau ambil dadah ke yang tahu sangat pasal kacip ni.
Luahan bekas anggota kumpulan Elite itu segera menarik perhatian ramai, dengan rata-rata netizen bersetuju dan menyokong teguran tersebut.
Menurut mereka, istilah seperti itu semakin kerap digunakan secara sambil lewa oleh generasi muda, tanpa menyedari ia membawa maksud yang tidak wajar.
Antara komen pengguna media sosial:
Kan Kak Za, janganlah suka sangat nak cakap orang kacip.
Tahu takpe. Entah apa je ayat sekarang, makin pelik bahasa budak-budak ni.
Sebelum ini, istilah ‘kacip’ menjadi tular di media sosial dan sering digunakan dalam konteks ‘gila-gila’ atau ‘energetik’, namun teguran Azza membuka mata ramai bahawa perkataan tersebut sebenarnya mempunyai makna yang lebih berat dan sensitif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
'Hilang Sabar Dan Tiada Persefahaman' Punca Utama Uqasha Senrose Fail Cerai, Kamal Adli Tiada Usaha Pujuk
The post “Kau Ambil Dad*h Ke Yang Tahu Sangat Ni?” – Azza Elite Bengang Ramai Guna Perkataan ‘Kacip’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
