“Kau bersihkanlah kak” – Bengang Peniaga Lupa Permintaan ‘No Taugeh’, Pelanggan Longgok Mi Atas Meja

Entertainment
6 Feb 2024 • 2:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Customer is always right, tapi tak semestinya ia satu ‘kuasa’ untuk seseorang pelanggan itu membuat perangai sesuka hati kepada peniaga.

Kena ada pertimbangan juga dan bersikap perikemanusiaan, kadang-kadang peniaga terlupa dengan permintaan khas daripada pelanggan.

Umumnya, tak semua orang suka makan taugeh, apatah lagi kalau diletakkan dalam mi goreng. Nak dipendekkan cerita, peniaga terlupa untuk tidak memasukkan taugeh kepada makanan yang dipesan pelanggan.

Namun gara-gara terlalu marah dengan tindakan peniaga yang lupa dengan permintaan ‘no taugeh’nya, seorang pelanggan telah memprotes dengan melonggokkan mi dan taugeh di atas meja.

Pelanggan itu kemudian memviralkan perkara tersebut dengan memberikan kata-kata kutukan terhadap integriti kedai makan tersebut dan mengatakan kedai itu ‘sendu’.

image is not available

Perkongsian itu telah mengundang kutukan netizen kerana sikapnya yang membazir dan membandingkan mereka yang susah dan tidak mendapat makanan secukupnya. image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Hurm kalau ada faktor alergi sekalipun, tak perlu rasanya buat protest sampai macam ni.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved