Kau boleh pilih mahu guna wartawan atau jumpa aku terus -Puteri Balqis ‘seru’ Mia Sara

EntertainmentOpinion
22 Jan 2026 • 9:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon berbakat, Puteri Balqis atau biasa disapa Aqish telah menulis di media sosial miliknya seakan ‘menyeru’ bekas pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha untuk bertemu dengannya.

Perkara ini susulan tularnya video Mia Sara menangis dihadapan wartawan sewaktu mendedahkan bahawa dirinya kurang mendapat tawaran berlakon yang sesuai dengan usia sekarang.

Puteri Balqis dedah sesuatu tentang Mia Sara?

Dalam hantaran dibuat Puteri Balqis, dia mendakwa ibunya pernah dimalukan oleh keluarga dan juga kenalan dari pihak Mia Sara suatu ketika dahulu.

“Ada kau pikir perasaan mak aku, mental health mak aku waktu kau malukan dia in public? In public kau komen mak aku tak didik aku. Kau sebut mak aku.
“Kau ‘like’ komen-komen yang hina aku dan mak aku. Untuk apa kau buat semua tu?
“Manager kau, geng kau, Melaka Boy hina mak aku dalam twitter terang terangan. ayat terakhir ‘Kita siasat’. Ingat?” tulisnya.

image is not available

Puteri Balqis dakwa ibunya pernah dihina pihak Mia Sara

Dalam pada masa yang sama, Aqish turut mendakwa pihak mereka pernah cuba ‘memerangkap’ ibunya dan menegaskan bahawa perkara itu tidak akan lupa dilupakan

“Beberapa minit lepas hina mak aku dalam Twitter, Melaka Boy DM mak aku, kenakan mak aku dengan ayat nak jumpa, nak bagi aku kerja.
“Perangkap mak aku cukup-cukup. Cuba kenakan mak aku cukup-cukup.
“Kalaulah mak aku pergi bawa aku waktu itu, apa jadi dengan kami berdua?
“Tak ada siapa tahu apa jadi belakang kamera.
“Yang blog akan ambil, buruk kami tanpa tahu itu semua kerja geng kau, Melaka Boy.
“Kau ingat aku lupa? Kau ingat aku bodoh?
“Kalau kau lupa macam mana geng kau cuba trap mak aku dengan guna nama aku, aku ingatkan balik. Kami diam bertahun. Tak ada seorang pun tahu,” tulisnya lagi.

image is not available

Individu disebut turut tinggalkan komen

Susulan pendedahan tersebut, individu yang dikenali sebagai Melaka Boy telah meninggalkan komen dan menafikan pernah meninggalkan ciapan tidak baik di media sosial berkenaan Aqish.

Dia juga memohon maaf andai ada kesilapannya di waktu dahulu jika dia betul melakukan hal seperti didakwa.

Terdahulu, Mia Sara telah menangis di hadapan wartawan memaklumkan perjalanan seninya yang ketika ini kurang mendapat tawaran berlakon yang sesuai dengan usia.

Dia juga mengakui kecewa apabila masih ramai yang menganggapnya ‘budak kecil’ kerana memulakan lakonan sejak zaman kanak-kanak lagi.

Sumber: Instagram morosechild