“Saya bukan kanak-kanak, dah dewasa..”- Mia Sara penat, kecewa masih dianggap budak kecil

EntertainmentLifestyle
15 Jan 2026 • 12:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Mia Sara Nasuha, 21, meluahkan rasa kecewa apabila masih dianggap sebagai pelakon kanak-kanak meskipun usianya kini sudah dewasa.

Pelakon yang dikenali menerusi filem Nur Kasih itu menegaskan dia penat apabila asyik dikaitkan dengan watak kanak-kanak.

“Sebenarnya saya penat apabila asyik dianggap sebagai kanak-kanak. Walhal saya sudah dewasa.
“Sampai bila orang mahu menganggap saya ini budak kecil? Saya letih kerana diri saya ini tidak dipandang serius,” katanya.

image is not available

Mia Sara penat, kecewa masih dianggap pelakon cilik

Tambah Mia, dia gembira berlakon dan menerima watak pelajar, tetapi masa sudah berubah.

“Jangan salah faham. Saya seronok berlakon dan gembira menerima watak budak sekolah.
“Tetapi keadaan sudah berubah. Tiba masanya untuk saya menukar haluan. Saya tak boleh selamanya menjadi kanak-kanak,” ujarnya.

image is not available

Artikel lain: Faktor ketinggian & wajah Mia Sara punca tawaran lakonan jadi terhad

Persepsi yang salah itu turut memberi kesan terhadap kesihatan mental dan emosinya.  Mia berkata, terdapat pihak memandangnya dengan tidak serius kerana menganggapnya masih kanak-kanak.

“Pandangan kita tidak didengar, tak ada siapa yang kisah tentang perasaan kita. Orang tidak pandang potensi sebenar saya, mereka tak kisah pun pasal kemampuan saya.
“Disebabkan itu, saya tak diberikan peluang. Terus terang saya katakan, keadaan ini membuatkan mental saya terganggu. Saya berperang dengan masalah ini sejak usia saya 15 tahun,”luahnya.

image is not available

Pelakon itu berharap penerbit dapat melihat kemampuannya membawa watak dewasa dan tidak lagi menawarkannya watak pelajar.

“Saya harap penerbit dapat melihat yang saya ini mampu membawa watak lain, watak dewasa.
“Saya tidak mahu asyik ditawarkan watak budak sekolah,” tambah Mia lagi.

Jelas Mia, dia mahu imejnya sebagai pelakon dewasa diiktiraf, sekali gus membolehkan dia meneroka peranan yang lebih matang dan kompleks dalam industri lakonan.

Sumber: TikTok f8buzz