
Tidak ramai yang dapat merasai kasih sayang seorang bapa namun video yang baru-baru ini tular di lama media sosial TikTok memaparkan sesuatu yang bertentangan dengan itu.
Perkongsian sedih pengguna TikTok @ceqta_anita memaparkan, seorang warga emas yang tidak boleh berjalan dilihat telah ditinggalkann terkontang-kanting oleh dua anak lelaki di rumah anak perempuan tanpa pengetahuan.
@ceqta_anita 4beradik , 3 lelaki 1 perempuan .. Tanpa pengetahuan aku , 1 ramadhan 5.30petang , security ketuk pintu rumah aku , bgthu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir 1 jam , 2 lelaki (abg) cakap nanti ank prempuan dia turun ambil .. Tergamak korang buat ayah mcmni ? mana hati iman korang ?anak jenis apa korang ni?? Mentang² ayh tgh sakit , strock xblh jln , pakai pampers , kau buang² ayh kau mcmni je ? Mana iman korang ? Mana otak waras korang ? Sihat tubuh badan !! Naik atas bincang baik² letak baik² ayh kat rumah aku , bukan campak² mcmni . Ni org tua kita , yg lahirkan kita , yang jaga kita sampai dh besar panjang .. Tapi ni korang balas jasa ayh ? Allahuakbar !! Akhir zaman !!! Hilang pertalian adik beradik aku sangup , tpi bukan hilang org tua .. Aku share kisah hidup aku ni , bukan nak minta viral .. cuma aku mohon pada ank² yg masih ada org tua , hargailah dorang selagi masih ada !!! Jangan menyesal bila org tua kita dh xde nanti .. Aku mohon yg tgk vtt aku ni , doakan kesihatan aku utk aku berbakti pada ayh ..
Anak perempuan yang tinggal di rumah bertingkat itu hanya diberitahu oleh pengawal keselamatan selepas satu jam bahawa bapanya berada di bawah.
“Tanpa pengetahuan aku, 1 Ramadan 5.30 petang, security ketuk pintu rumah aku, bagitahu ayah kamu ada dekat bawah hampir sejam.
2 lelaki (abang) cakap nanti anak perempuan dia turun ambil, tergamak korang buat ayah macam ni? Mana hati iman korang?,” tulisnya di kapsyen.
Difahamkan, bapanya itu tidak boleh berjalan kerana menghidap strok dan perlu memakai lampin pakai buang.
Wanita berkenaan turut meluahkan rasa hampa kepada dua orang abangnya yang tergamak melakukan sedemikian dan tidak mengambil inisiatif untuk berbincang dahulu dengannya.
Allahu, sampainya hati mereka…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



![‘Santai’ Berbuka Dalam Jentera Selepas Dapat Panggilan Kecemasan 2 Minit Sebelum Azan, Abang Bomba Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)