“Kau Dah Kenapa Ek” – Dikata Tenung ‘Lain Macam’ Pada Daniesh Suffian, Nazim Othman Bidas Komen Netizen

Music
17 Apr 2024 • 1:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Nazim Othman telah memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya menyanyikan sebuah lagu bertajuk ‘Back At One’ bersama penyanyi baru, Daniesh Suffian.

 

Lain macam tenung

Meskipun mendapat lebih 150,000 tontonan namun bukan suara mereka yang mencuri perhatian sebaliknya ramai yang menegur cara Nazim tenung Daniesh ketika bernyanyi.

Sesetengah individu berpendapat renungan Nazim seolah-olah membawa makna sesuatu malah ada yang bertanya adakah mereka berdua menjalinkan hubungan.

 

Nazim bidas netizen

Bagaimanapun, aktor drama Wanita Syurga Ini tersebut tidak berdiam diri dan membidas komen-komen negatif diberikan oleh netizen menerusi ruangan komen.

Aktor berusia 39 tahun itu dilihat membalas semula komen warganet dengan nada sinis dan menyindir semula individu yang memberi respon negatif terhadapnya.

Cara Nazim tengok Danish tu ‘nampak sangat’. Paham paham sendiri maksud aku.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, ramai yang tidak menyangka bahawa Nazim pandai menyanyi dan turut memuji kelunakan suara aktor berkenaan malah ada yang mencadangkan agar dia menjadi salah seorang penyanyi dalam The Masked Singer akan datang.

image is not available image is not available

image is not available 1 month ago

"Punca Bukan Industri, Lebih Kepada Peribadi.." - Nazim Othman Dedah Ingin Bersara, Harap Dapat Tawaran Filem Buat Kali Terakhir