“Puasa-puasa ni” – Ramai Perempuan Tak Keruan Tengok Nazim Othman Bertuala?

Entertainment
1 Apr 2024 • 3:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bulan Ramadan ialah bulan yang mulia, sebagai umat Islam, bulan Ramadan ini kita perlu menjaga segala perbuatan kita termasuklah bahasa yang digunakan.

Baru-baru ini, pelakon terkenal Nazim Othman memuat naik sebuah video di TikTok miliknya yang memaparkan dirinya baru keluar dari gimnasium dengan bertuala sahaja.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ialah ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan komen-komen netizen wanita seakan teruja melihat badan pelakon Dejavu Di Kinabalu itu.

Nazim juga ada membalas komen serta mengakui videonya sebegini akan mendapat lebih perhatian berbanding video-video yang memaparkan hasil kerjanya atau behind the scene ketika dia bekerja.

“Kalau posting macam ni selaju kelajuan cahaya masing-masing komen. Kalau post pasal hasil kerja susah payah shooting, orang tak appreciate pun. Begitulah manusia,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, video berkenaan sudah pun mencecah sejuta tontonan serta lebih 2K komen daripada netizen.

“Kuatkan Iman aku”

Boleh dikatakan, hampir semua komen dalam video itu ditinggalkan oleh wanita yang seperti tidak keruan melihat badan Nazim Othman.

image is not available

Allahu, malu pulak tengok…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.