“Kau Ingat Aku Tak Cantik, Tak Laku??” – Pempengaruh Berang Dituduh Jadi Perampas Suami Orang

LocalEntertainment
26 Aug 2025 • 1:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan kosmetik terkenal, Madammu menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya menjadi orang ketiga sebelum berkahwin dengan suaminya, Muhammad Azri Che Noh.

Menerusi satu klip sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri menegaskan bahawa dia mengenali suaminya selepas lelaki itu bergelar duda.

Saya tak ambil laki (suami) orang, saya kenal suami (TP) masa dia dah duda kematian isteri.

Madammu juga membidas tuduhan segelintir pihak yang mempersoalkan status perkahwinannya.

Apa level? Kau ingat Madammu tak ada level nak ambil laki orang. Kau ingat saya ni tak cantik, tak laku nak ambil laki orang.

Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga pada 2015 dengan seorang duda yang mempunyai tiga anak iaitu Zahara, Qally, dan Ahmadhi.

Pada 9 Jun 2023, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya, Kayden, secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-25 15:45:37

"Siapa Suruh Curang, Dah Tinggal Spender Belum?" - Cik Epal Berang Diminta Bayar Separuh Yuran Sekolah Anak