“Syak Ada Orang Dengki,” Peniaga Geram Jualan Tak Laku, Bila ‘Check’ Rupanya Ada Tak Kena

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2025 • 5:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Syak Ada Orang Dengki,” Peniaga Geram Jualan Tak Laku, Bila ‘Check’ Rupanya Ada Tak Kena

Orang bisnes tentu perasan, ada masanya perniagaan yang dijalankan tiba-tiba menjadi perlahan ataupun statik tidak berkembang.

Apabila situasi tersebut berlaku, kita pasti berusaha mencari puncanya. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan banyak perkara dan syak-wasangka mula muncul di fikiran.

Tak kurang juga, ada yang mula menyalahkan orang lain atau pesaing yang menjadi asbab kepada kemerosotan perniagaan yang dijalankan.

“Ni mesti ada orang dengki ni, tak boleh tengok bisnes orang lain maju sikit”, mungkin itulah yang bermain-main di kepala.

Bila Check Rupanya Ada Tak Kena

Namun begitu, apa yang berlaku sebenarnya mungkin bermula daripada kesalahan sendiri yang melakukan kesilapan mudah dalam perniagaan tanpa sedar.

Antara yang boleh berlaku adalah mengabaikan betapa pentingnya soal pemasaran dalam perniagaan dan tidak peka dengan inisiatif-inisiatif yang disediakan kerajaan untuk membantu para usahawan.

Pemasaran boleh dianggap sebagai tulang belakang kepada mana-mana perniagaan. Dengan pemasaran yang betul, jenama atau produk boleh melangkah lebih jauh meneroka pasaran baru.

Manakala inisiatif yang disediakan oleh kerajaan pula adalah sokongan penting yang diperlukan oleh usahawan-usahawan, lebih-lebih lagi mereka yang menjalankan perniagaan berskala mikro.

Program Platform Selangor (PLATS), Ekosistem Baharu Keusahawanan

Kalau anda menjalankan perniagaan di Selangor, paling penting adalah anda bertindak segera dengan mendaftarkan perniagaan di bawah Program Platform Selangor atau PLATS.

PLATS ini sebenarnya adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang dilancarkan pada tahun 2020 oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor untuk membantu peniaga mikro mendigitalkan perniagaan mereka.

image is not available

Secara umumnya, PLATS memberi manfaat kepada usahawan-usahawan berdaftar sebagai penyedia akses kepada digitalisasi, pembiayaan, latihan, serta penyertaan dalam program-program kerajaan negeri.
Ia merupakan inisiatif sepanjang tahun yang meliputi pelbagai program dengan kerjasama daripada kerajaan negeri dan rakan strategik seperti:

  • Program U-PLATS Digital & Halal
  • Latihan berstruktur
  • Pendaftaran vendor digital
  • Pembangunan jenama dan pasaran
  • Sesi padanan perniagaan dan bimbingan

Setakat ini, lebih 88,000 orang usahawan mikro tempatan di Selangor telah mendaftar bersama PLATS.

Apabila mendaftar, semua usahawan ini layak menikmati inisiatif yang ditawarkan di bawah PLATS iaitu Skim Hijrah Selangor, Program U-PLATS, Sistem Point Of Sales (POS) PLATS & PLATS Biaya.

image is not available

Usahawan-usahawan juga akan mendapat banyak kelebihan menerusi PLATS antaranya:

  • Pendaftaran adalah percuma.
  • Pemasaran & pengiklanan di media sosial PLATS seperti Facebook, Youtube, Instagram dan TikTok secara percuma.
  • Keuntungan jualan menerusi PLATS adalah 100% milik usahawan.
  • Disediakan peluang dan booth pameran produk dalam program-program atau bantuan-bantuan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor.
  • Kupon PLATS diberikan kepada pengunjung yang hadir ke program-program atau bantuan-bantuan anjuran Kerajaan Negeri Selangor, khas untuk membeli produk usahawan PLATS.
  • Akses kepada bantuan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.
  • Latihan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran seperti bidang dunia perniagaan digital, pengurusan kewangan dan lain-lain.

Jika anda adalah peniaga mikro, penjaja, peruncit kecil dan PMKS; anak Selangor atau berniaga di Selangor; dan bersedia untuk beralih ke perniagaan digital serta mengikuti program latihan PLATS, daftar segera menerusi pautan di bawah:

image is not available

Anugerah Khas, Simbol Penghargaan Kepada Perjuangan Usahawan

Sebagai penghargaan kepada usahawan-usahawan PLATS, MBI Selangor turut menganjurkan Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2025 pada 1 Ogos lepas.

MAPS adalah majlis tahunan yang meraikan pencapaian para usahawan mikro dan kecil di Selangor menerusi inisiatif PLATS.

Antara fokus utama pada majlis berkenaan tentunya adalah penyampaian anugerah kepada para usahawan cemerlang melalui Program U-PLATS Digital.

image is not available

Ganjaran yang disediakan adalah:

  • RM5,000 diperuntukkan bagi “Anugerah Utama Usahawan Mikro”.
  • RM15,000 diagihkan kepada lima (5) kategori khas: “Komuniti, Muda, Revolusi Teknologi, Inovasi & Wanita”.
  • Sebanyak RM12,000 untuk 12 usahawan mikro terbaik peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Semua penerima anugerah juga merupakan alumni Program U-PLATS Digital di mana mereka turut menerima tajaan sistem POS dan latihan komprehensif bernilai RM4,000 seorang.

Manakala seramai 10 orang usahawan turut menerima tajaan di bawah Program U-PLATS HALAL yang berjumlah RM5,000 seorang.

image is not available

Seramai empat orang usahawan sudah pun mendapat Sijil Halal sebelum 30 Julai 2025 manakala empat lagi sedang menanti kelulusan pensijilan halal masing-masing.

Kejayaan Selari Dengan Aspirasi Kerajaan Negeri

Melihat kepada kemajuan yang dicapai PLATS, dapat disimpulkan ia selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor yang mahu melihat usahawan-usahawan mikro tempatan terus berkembang dan perniagaan mereka maju.

Anugerah-anugerah yang diterima oleh usahawan di MAPS 2025 menjadi bukti bahawa inisiatif yang diusahakan oleh MBI telah membuahkan hasil.

Kepada yang belum mendaftar, usah bertangguh. Segera daftarkan perniagaan anda di PLATS menerusi pautan ini https://platselangor.com/user/register.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web, Facebook, Instagram dan TikTok PLATS.