“Kau Ingat Dia Miskin Ke? Laki Dia Millionaire” – Dedah Harga Gelang Yana Najib, Individu Ini Kena Tempelak Dengan Netizen

26 Aug 2022 • 3:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas beberapa hari dipenjarakan, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi untuk menjalani perbicaraan kes membabitkan 1MDB.

Bukan hanya kelibatnya yang menjadi perhatian tetapi juga anak perempuan beliau, Nooryana Najwa yang turut hadir untuk memberikan sokongan kepada bapanya.

Menerusi Instagram, Nooryana telah berkongsi luahan hatinya tentang kes yang melibatkan bapanya dan berkata mereka sekeluarga sangat kagum dengan kekuatan Najib.

Bukan perkongsiannya yang menjadi bualan tetapi sebaliknya benda lain pula yang menarik tumpuan mata-mata yang melihat di media sosial.

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik gambar Nooryana di aplikasi itu dan mendedahkan jenama serta harga gelang yang dipakainya ketika hadir ke mahkamah.

Berdasarkan screenshot yang dikongsi, gelang dipakai Nooryana adalah daripada jenama Cartier dan harganya pula bermula daripada RM28,500 setiap satu.

Bagaimanapun, ketika ke mahkamah Nooryana dilihat memakai 5 utas gelang tersebut yang berwarna perak dan emas bermakna semuanya bernilai RM146,700.

Menjengah ruangan komen, sesetengah netizen dilihat menegur pengguna Twitter tersebut kerana mencari kesalahan orang lain.

Ada yang berkata, gelang sebegitu memang biasa dipakai oleh golongan T20 dan berpendapat Nooryana sendiri sudah cukup mampu untuk memiliki.

Kata seorang netizen,

Kau ingat dia tu miskin ke? Sah sah husband dia multi millionaire. Ayah dia keturunan hartawan Tun Razak. Gelang Cartier kebanyakan orang kaya memang beli.”

image is not available

image is not available

Sekadar info, Najib Razak baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 10 bulan lalu

Sebelum Ini Jam Dan Beg Tangan Mewah, TokTi Bergaya Dengan Selendang Harga RM4,100 Sehelai Pula