Najib tiba di Mahkamah Tinggi hadiri perbicaraan 1MDB

LocalPolitics
26 Aug 2022 • 9:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat, menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dengan diiringi kenderaan polis dan penjara, kira-kira jam 8.50 pagi.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dengan diiringi kenderaan polis dan penjara, kira-kira jam 8.50 pagi.

Najib hadir bagi menghadiri perbicaraan kes pindaan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved