“Kau Jangan Cuba-Cuba Lempang Isteri Aku Lagi” – Ubai Bagi ‘Warning’ Dekat Shafiq Amzah

Music
12 Oct 2023 • 2:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, topik tentang pergaduhan adik beradik penyanyi Shila Amzah menjadi bualan hangat di platform media sosial dan makin lama makin banyak pula pendedahan mengejutkan berlaku.

Antara yang mengejutkan adalah pendedahan pembantu peribadi penyanyi itu tentang adiknya, Shafiq, pendedahan seorang wanita tentang Syada dan pendedahan Shila yang menceritakan bahawa dia pernah dilempang oleh adik lelakinya itu.

image is not available 23 hours ago

"Perangai Kelaut.." - Dah Dibayar Tapi Tak Buat 'Review', Syada Amzah Bagi Alasan Rumah Banjir

Dalam pada itu, Ubai turut memuat naik hantaran di Twitter mengingatkan Shafiq untuk tidak menyentuh dan mengasari isterinya lagi selepas ini.

Meskipun ada gurauan di akhir ayatnya, namun pempengaruh itu tegas bersuara untuk mempertahankan isterinya daripada diperlakukan sebegitu oleh adik beradiknya.

Kau jangan cuba-cuba lempang isteri aku lagi.

Rata-rata pengikut Ubai di laman sosial tersebut menyokong kata-kata suami Shila Amzah itu dan turut menghentam Shafiq kerana perangai buruknya.

Dalam pada itu, segelintir individu dipercayai peminat Shila mengucapkan terima kasih dan berpesan agar Ubai menjaga penyanyi berkenaan dengan baik.