Shila Amzah Dedah Syada Tak Pernah Hormatinya, Tak Pernah Dengar Cakap

12 Oct 2023 • 11:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Shila Amzah mendedahkan yang dia tidak boleh bekerjasama dengan adiknya, Syada Amzah kerana pempengaruh dan penyanyi itu tidak pernah mendengar kata.

Shila menerusi Instagram Live yang disiarkan semalam berkata, selain tidak mendengar kata, Syada juga disifatkan sebagai tidak menghormati dirinya.

“Orang cakap, kenapa Sha tak ajar Syada betul-betul, train dia. Masa Big Stage I already did. I knew that Sha tak boleh kerjasama dengan dia.

“Sebab apa? She never listens to anything I say. Dia tak pernah ada respect dengan Sha,” katanya.
 

@ssnrhaliza1 Part 2 Sha sha, u are strong woman. Untung ubai ada isteri yang sangat penyabar mcm ni #mstaronlineofficial #fyp #tolonglahfypwoiiiiii ♬ original sound - puan siti














image is not available