“Kau Menyalak, Aku Masih Keluar TV!” – Disindir Bawa S*al, Kelly Azman Balas Makian Diva AA

13 Dec 2022 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang sudah diketahui ramai, selebriti Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA memang mempunyai mulut yang lantang bersuara jika dirinya tidak menyukai sesuatu perkara.

Jadi, baru-baru ini, dia ada membuat satu ciapan di Twitter dengan berkata penyanyi Kelly Azman tidak layak untuk menjadi juri dalam program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) kerana mempunyai masalah rabun.

Tidak mendiamkan diri, Kelly membalas sindiran tersebut dengan berkata masih bangga dengan pencapian diri sendiri kerana diundang menjadi juri program berkenaan berbanding Diva AA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K E L L Y A Z M A N (@kellyazman)

Kau menyalak, aku masih keluar TV jadi juri. Kau? Duduk diam je di rumah. Jangan banyak menyalak!

Selebriti tersebut telah meluahkan perkataan tersebut melalui satu video yang dimuat naik di platform, namun sudah dipadam.

Sebelum ini, penyanyi itu juga disindir oleh salah seorang juri ATNM iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi dengan menyifatkan Kelly pekak kerana tidak dapat mendengar dan menilai persembahan peserta dengan baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

Bakal Bernikah, Tapi Julia Farhana Dan Dr Che Hafiz Didakwa Sudah Bersekedudukan?