Selepas Mengundurkan Diri Bertanding Di PRU-15, Diva AA Azwan Ali Jadi Motivator Usahawan Wanita Pula 

16 Nov 2022 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Diva AA - Gambar Fail

Nampaknya kisah pengunduran Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA daripada bertanding di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menjadi calon Bebas untuk kawasan Parlimen Gombak sama sekali tidak menghalang pengacara sensasi ini untuk meneruskan kehidupan sehariannya. 

Khabar terbaharu, Azwan telah dilantik sebagai duta usahawan wanita menerusi kempen projek Dapur Usahawan Wanita Digital yang diterajui nama-nama besar dalam dunia politik. 

Ketika dihubungi untuk meminta pengesahan, Azwan  mengakui, dia terlibat dengan kempen projek tersebut yang akan disertai 100 orang usahawan wanita setiap kali pertemuan. 

image is not available
Diva AA bersama para usahawan wanita peserta projek Dapur Usahawan Wanita Digital - Gambar ihsan Diva AA

“Penglibatan saya bukan sahaja sebagai duta tetapi juga menjadi motivator untuk membakar semangat mereka untuk kekal berjuang dalam perniagaan masing-masing. Ia akan mengambil masa berbulan-bulan. 

“Sebagai motivator, saya akan membantu memberikan tip untuk berjaya dan saya juga akan berkongsi beberapa resipi untuk mereka termasuk rendang Cef Diva AA yang viral. 

“Saya juga difahamkan kempen projek ini adalah sebagian daripada landskap pihak penganjur untuk membina sebuah restoran yang eksklusif yang akan menyediakan pelbagai juadah dari  penyediaan beberapa dapur. 

“Dapur-dapur inilah yang akan diusahakan oleh wanita-wanita yang terlibat di dalam kempen program ini nanti,” katanya. 

Apa yang pasti Diva AA akan sibuk memasak rendangnya yang tersedap di muka bumi setiap kali pertemuan bersama usahawan wanita ini diadakan. Wah! Bertambah kayalah Diva AA. – Getaran, 16 November 2022