“Kau Merepek Apa?” – Dakwa Haram Makan Ubat Tahan Sakit, Jimmy Couture ‘Sekolahkan’ ‘Ustazah’ Afifah

26 Nov 2022 • 3:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama ‘Ustazah’ Siti Afifah sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila sering mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.

Terbaharu, Afifah menyatakan penggunaan ubat tahan sakit (painkiller) adalah haram dalam syariat Islam.

Tambahnya lagi, umat Islam tidak sepatutnya membuat pengambilan ubat-ubatan yang merupakan agenda orang kafir untuk merosakkan orang Islam.

Perkara itu, turut mendapat perhatian pereka fesyen, Jimmy Couture yang menganggap kenyataan yang dikeluarkan Afifah itu sebagai tidak masuk akal.

Kau merepek apa? Habistu apa guna hospital? Kau nak cakap ubat hospital haram ke apa? Esok lusa kau kena stroke atau kau kena gout atau kanser otak. Tak yah lah hantar pergi hospital. Takut kau masuk neraka pulak.”

Menjengah ke ruangan komen Instagram Jimmy, rata-rata warganet membidas Afifah kerana ajaran dan kenyataan yang dikeluarkan dianggap merepek dan menyesatkan.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, Siti Afifah sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila berkongsi pendapat bahawa bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh seseorang.

image is not available 3 minggu lalu

"Ingat Artis Ni Binatang Ke? Najis Mughallazah Ke?" - Datuk Hattan Tempelak Ustazah 'Viral'