“Kau percaya lah cakap dia tu” – Aliff Syukri Beri Respon Isu Saman RM100 Juta

Entertainment
7 Nov 2023 • 10:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak hujung minggu, kecoh di media sosial apabila terdapat beberapa video pergaduhan antara pengacara terkenal Azwan Ali serta usahawan Dato’ Aliff Syukri, video tersebut memaparkan usahawan tersebut menarik rambut Azwan Ali dalam sebuah rancangan live di Singapura.

Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA berkata dia ingin mengeluarkan saman malu RM100 juta terhadap jutawan kosmetik itu susulan insiden berkenaan.

Tidak mendiamkan diri, Aliff Syukri yang merupakan pemilik jenama D’Herbs itu mengeluarkan kenyataan respon berkenaan isu tersebut dengan mempertikaikan saman yang bakal dikeluarkan Diva AA itu.

@abangterlajaklaris

biar allah balas.. sy x nak maki hamun org.. biar lowyer buat kerja

♬ original sound – Papa Laris – Papa Laris

“Saya ni malas tau nak bergaduh dengan orang. Saya tak suka bagi orang popular. Kadang-kadang orang ambil kesempatan atas nama saya.

Aku buat apa dengan dia? Mahkamah tak bong*k lah nak bagi orang RM100 juta,” luahnya.

Dalam kapsyen video berdurasi 23 saat yang dimuat naik di TikTok miliknya, Aliff Syukri memberitahu dia enggan mengeluarkan kata makian kepada Diva AA dan hanya membiarkan peguam dari pihaknya untuk menyelesaikan isu tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mendapat lebih 520K tontonan serta lebih 500 komen.

Janganlah gaduh-gaduh, harap dua-dua pihak selesai dengan cara baik!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.