Kau pinjam, kau bayar! Hutang lama pun belum selesai – Adam Lee

13 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kau pinjam, kau bayar! Hutang lama pun belum selesai – Adam Lee

PETALING JAYA: Tiada angin, tiada ribut, pelakon, Adam Lee meluahkan rasa berang dengan tindakan seorang individu yang didakwa culas menyelesaikan hutangnya.

Menurut Adam, individu berkenaan bukan sahaja culas membayar hutang terdahulu, malah bersikap kurang beradab apabila masih mahu membuat pinjaman baru.

“Kau pinjam kau bayar, senang bukan? Yang lama (hutang) pun belum selesai, mahu pinjam lagi?
Tebalkan muka buat macam tiada benda yang jadi itu bukan jalan penyelesaian nama dia,” katanya di Threads.

Pelakon drama Bayangan Lelaki Sempurna itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan.

Dalam masa sama, pelakon itu menyifatkan individu tersebut ibarat mengambil kesempatan atas statusnya sebagai seorang pelakon, selain menganggap seorang anak seni tidak berdepan dengan masalah kewangan.

“Mesti ingat pelakon ini banyak duit bukan? Terus hilang logik akal dalam diri. Orang lain pun ada masalah,” ujarnya.

The post Kau pinjam, kau bayar! Hutang lama pun belum selesai – Adam Lee appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved