“Kau Saja Nak Torture Mental Dia Kan?!” – Netizen Anggap Syamsul Yusof Kejam Enggan Lepaskan Puteri Sarah

8 Mar 2023 • 2:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti diketahui ramai, semalam Syamsul Yusof mengambil keputusan mengejutkan ramai pihak apabila dia enggan melepaskan isteri pertama, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah.

Menjawab tindakan yang diambil oleh Syamsul, Puteri Sarah sendiri terkedu apabila keputusan itu keluar dari mulutnya kerana pelakon itu sendiri merasakan hubungan suami isteri sudah tidak lagi wujud diantara mereka.

Susulan keputusan yang telah dibuat oleh pengarah tersebut, ramai netizen mendakwa tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan jika sudah lama tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Malah, ada yang membuat andaian Syamsul sengaja mengambil keputusan seperti itu untuk menyeksa mental pelakon wanita tersebut.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, netizen turut mendoakan agar mereka dijauhkan oleh lelaki seperti pengarah tersebut dan gesa Syamsul menurunkan ego dengan membebaskan Puteri Sarah dari kehidupannya.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga bersama sejak tahun 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

image is not available 2 hari lalu

Hanya Beri Isyarat 'Allah Yang Satu', Syamsul Yusof Kunci Mulut Kes Enggan Cerai Puteri Sarah