Adik Puteri Sarah Mohon Maaf, Belajar Tentang Penderaan Wanita Tapi Baru Tahu Kakak Sendiri Jadi Mangsa

Entertainment
7 Mar 2023 • 8:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
puteri sarah

Masalah keluarga antara pelakon Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah jadi tumpuan hari ini selepas mereka baru sahaja selesai sebutan pertama kes penceraian di mahkamah. Syamsul bagaimanapun tidak mahu melepaskan isterinya itu dan akui masih ada sinar untuk mereka berdamai.

Puteri Sarah yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian mendedahkan pernah dipukul Syamsul dan itu menjadi punca dia keluar dari rumah.

Dakwaan terbaru Puteri Sarah ini ternyata mengejutkan ramai orang termasuk ahli keluarganya dan adik perempuannya, Sofea Megat turut meluahkan rasa terkilan kerana baru tahu kakaknya pernah diperlakukan sebegitu.

Saya rasa ralat sangat walaupun menjadi bahu untuk awak dalam setiap masalah yang datang. Apa guna saya tamat pengajian dalam bidang ini punyalah hafal semua definisi tentang penderaan, jenis penderaan, pemerkasaan wanita dan lain-lain tentang itu.

Saya langsung tak tahu rupanya awak salah seorang yang berada dalam definisi yang dah saya hafal. – Tulis adiknya.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.