Kaunter Khairat Darul Ehsan dibuka di Bukit Lanjan pada 5, 19 Mei

LocalPolitics
4 May 2026 • 9:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kaunter Khairat Darul Ehsan dibuka di Bukit Lanjan pada 5, 19 Mei

SHAH ALAM, 4 MEI: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan akan membuka Kaunter Pendaftaran Khairat Darul Ehsan (KDE) pada 5 Mei dan 19 Mei 2026 bagi memudahkan penduduk mendaftar skim kebajikan tersebut.

Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, Pua Pei Ling memaklumkan inisiatif itu terbuka kepada pengundi di kawasan berkenaan yang berumur 50 tahun ke atas.

Menurutnya, pendaftaran juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui imbasan kod QR yang disediakan, sama ada oleh pemohon sendiri atau ahli keluarga yang layak.

“Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Selangor dan digalakkan hadir ke kaunter bagi melengkapkan proses pendaftaran,” katanya menerusi Facebook.

Skim Khairat Darul Ehsan menawarkan manfaat khairat kematian RM1,000 kepada waris berdaftar. Selain itu, ahli yang meninggal dunia turut melayakkan keluarga menerima sumbangan tambahan berjumlah RM1,000.

Antara syarat permohonan termasuk pemohon berumur 50 tahun ke atas atau pengundi DUN Bukit Lanjan serta pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Dokumen diperlukan ialah kad pengenalan pemohon serta salinan kad pengenalan waris serta nombor telefon dan e-mel.